++Salam Maulidur Rasul 1429++

Pada 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW . Pada tahun ini ianya di sambut pada 20 Mac 2008 dan semestinya ianya ada hari cuti umum..pada tahun ini juga tema Maulidur Rasul adalah MENJANA UMMAH GEMILANG ..sebenarnya ada banyak kelebihan yang akan diperolehi apabila menganjurkan atau menyertai majlis Maulidur Rasul ini. Pada kebiasaannya majlis perarakan dan ceramah akan diadakan.

Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"

Oleh itu bersama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita. Jika kita mampu berduyun-duyun menjejakkan kaki ke pelbagai pesta dan sambutan majlis yang lain, apalah susahnya untuk menghadiri majlis yang pasti manfaatnya. Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh mengadakan majlis memperingati keputeraan nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala ini bersama keluarga di rumah, insyaAllah.

++SALAM MAULIDUR RASUL++ 

One Response to “++Salam Maulidur Rasul 1429++”

  1. shiemz Says:

    update ler kak gee bebanyak sket….. leh la bece2… hehehe

Leave a Reply